❤selamat datang ke blog khai =)❤nama: KHAIRUL AMRI❤korang boleh panggil ak :khai ❤my Love:NURFARAH SYAHIRAH ❤umur khai :16,❤salam perkenalan yaa =)❤ape yang ak tulis dalam blog ni yg baik jadikn pengajaran okey? terima kaseh sebb sudi kunjung blog khai❤maaf kalau blog ni ta best ke ap"i'm sorry"❤

Monday 28 March 2011

syarat utk bahagia????

Utk bertemu dengan orang yang tepat, kita harus memainkan peranan yang penting juga. Ini kerana sedikit sebanyak sikap kita mempengaruhi hubungan yang dijalin. Jadi berikut adalah empat syarat penting yang harus ada dalam diri kita andai ingin cinta berakhir bahagia….
1. cntailah Diri Sndiri Seblum Kta Mncintai Orng Lain
Kebanyakan dari kta apabila bercinta sanggup mengetepikan kemahuan, keinginan serta keperluan diri sendiri demi insan yang bergelar kekasih. Inilah kesilapan paling besar. Andai kta sendiri tidak belajar menyayangi diri sendiri bagaimana orang lain ingin menyayangi diri kita. Jadi pastikan kta sayang diri sendiri terlebih dahulu sebelum kita ingin menyayangi orang lain.
2. Punya Pendirian Yang Tetap
Seorang yang punya pendirian akan tahu apa yang dia inginkan untuk diri dan tidak akan berubah mengikut cara orang lain biarpun orang yang di sayanginya. Inilah yang terbaik kerana apabila kita tidak berpendirian, itulah yang menjadi punca hidup mudah dikongkong atau ditentukan oleh orang lain. Ini secara tidak langsung membuka ruang untuk orang mempermainkan hati kta.
3. Bahagikan Hidup kamu Dengan Hal-hal Yang Lain
Paling sering berlaku, apabila kamu telah menyayangi seseorang sepenuh hidup kamu akan di habiskan untuk si dia sahaja. Segala hobi dan aktiviti kamu turut dihentikan demi untuk memberi perhatian pada si dia. Namun jangan lupa hidup ini bila kita hanya bergantung pada seseorang dan satu hal sahaja iaitu cinta, inilah punca utama yang boleh membuat kamu kecewa teramat sangat apabila hubungan yang dibina terputus di tengah jalan. Jadi belajarlah membahagikan hidup kamu dengan cinta, kerjaya, keluarga, hobi dan sebagainya. Percayalah kamu akan rasa hidup akan lebih lengkap dan bahagia bila bijak membahagikan segala-galanya dengan baik dan teratur.
4. Berkorban Biarlah Berpada-Pada
Ada yang sanggup bersusah payah dan menyakiti hati sendiri demi melihat orang yang disayangi bahagia. Tidak salah untuk berkorban namun berpada-padalah. Jangan terlalu meletakkan diri kamu serendah-rendahnya hingga sanggup biarkan diri sendiri merana semata-mata mahu menggembirakan orang lain. Hidup ini dalam hal apa pun perlu seimbang. Sekiranya si dia ingin gembira maka kamu juga ada hak untuk rasa sebegitu rupa. 
*aku harap korang dah tao ape yg prlu korang lakukan*

No comments:

Post a Comment

i promise don't leave u =)

i promise don't leave u   =)